Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

Friday, August 21, 2009

Pertandingan bercerita


Semalam, hari terakhir sekolah. Jadi, sekolah K.Ya telah mengadakan pertandingan bercerita dan menyanyi. K.Ya adalah salah seorang peserta yang terlibat dalam pertandingan tersebut iaitu K.Ya kene bercerita. Cerita yang K.Ya sampaikan ialah "sang Kancil dan Sang Harimau". K.Ya ialah peserta yang Ke lapan. Apabila tiba giliran K.Ya, K.Ya rasa berdebar-debar sangat tetapi K.ya berjaya juga menyampaikan cerita K.Ya dengan baik dan lancar. Semua kawan2 memberikan tepukan yang gemuruh setelah K.Ya habis bercerita. Apabila keputusan di umumkan, K.Ya telah mendapat tempat kedua. K.Ya rasa terkejut tetapi sangat gembira. Terima kasih pada Cikgu Zarina yang telah memilih K.Ya sebagai peserta pertandingan itu. K.Ya juga nak ucapkan terima kasih pada mama yang selama ini telah banyak membantu K.Ya untuk menghafal cerita itu.



Saturday, August 1, 2009

Sang Kancil dan Sang Harimau.....

Esok hari,kak. Ya ada tugasan dari cikgu Bahasa Melayu( Cikgu Zarina). K.Ya terpilih untuk pertandingan bercerita di sekolah. Sebenarnya K.Ya yang volunteer nak masuk bercerita ni.Harap2 K.Ya boleh elakukan dengan baik.



Saturday, June 20, 2009

A Lion and A Mouse.....

Esok sebenarnya, K.Ya telah dipilih oleh Cikgu Tey (Cikgu B.Inggeris) untuk present one story masa assembly. K. Ya excited nak present esok. Jadi, sebelum presentation tu, K.Ya telah bertungkus lumus practise dengan mama. Ini adalah rakaman presentation dari K.Ya. Mai tengok.....


Harap-harap, esok K.Ya boleh present dengan baik. Insyaallah....




glitter-graphics.com

Friday, June 19, 2009

My School...

Ni sekolah K. Ya. Terletak di Bandar Pasir Mas. K. Ya suka sekolah di sini kerana kawan-kawan ramai dan cikgu-cikgu tegas tetapi baik.

Ini kawan-kawan K. Ya di kelas 2 Tabah. Guru kelas kami ialah Cikgu Siti Nur Ain Tan. Cikgu Nur Ain mengajar kami matapelajaran Bahasa Cina.

Ini K. Ya semasa menghadiri Kelas Fardu Ain di sekolah ini. Kelas Fardu Ain diadakan setiap hari Rabu dan Jumaat. K.Ya sedang menuggu kawan baik K. Ya, Aisyah dan Huzaimah. "Mana diorang ni...dah dekat pukul 8 tak sampai lagi."

Tengok tu...kerja sekolah K.Ya memang banyak. Tapi Kak Ya berjaya siapkan semuanya. Mama kata,kerja sekolah kena siapkan nati kena denda dengan cikgu kalau tak siap. Biasanya mama yang temankan Kak Ya siapkan kerja sekolah.


glitter-graphics.com
 

Princess Alya © 2008. Design By: SkinCorner