Thursday, September 17, 2009

Hadiah dari mama......


Rantai Leher

Gelang tangan

Anting anting

Mama kata hadiah ni untu K.Ya pada Hari Raya tahun ni. K.Ya rasa Suka sangat. Cantik betul barang2 kemas ni. TQ mama........

Saturday, September 12, 2009

Selamat Hari Raya.......




Assalamualaikum...... Di sini K.Ya nak ucapkan selamat hari raya buat Tok Wan, Tok Abah, Keluarga Cik Da, Keluarga Cik Zab< Cik Apit N Cik Ayid. Selain tu juga untuk Tok Mama, Tok Ayah, Keluarga Umi, Keluarga Ibu, Keluarga Ayah Die, Keluarga Ayah Kie, Keluarga Su Tie, Ayah Yu N Ayah Su.Semoga kita semua berbahagia di Hari Raya.....

Friday, August 28, 2009

Surprise Ibu....

Semalam, ibu wat surprise utk K.Ya. Tetiba, masa tgh main2 ngan K.Naurah, K.Ya dapat gelang krystal. Ala.....memang cantik. K.Ya suka sgt. Ble pakai, memang sepadan sgt dgn tgn k.Ya. Terima kasih ibu, bagi K.Ya gelang yang cantik ni. Nati raya K.ya boleh pakai dan bertambah comel la K.Ya raya tahun ni hehehe...... Lain tahun boleh dapat lagi benda yang lagi...lagi...lagi...best ye ibu.....

cantik kan gelang kat tangan K.Ya. Wonderful....beautiful....

Pose.....

Alhamdulillah..... masuk hari ni dah 7 hari K.Ya pose. Dan K.ya harap hari ni K. Ya berjaya juga pose smpai waktu berbuka. Tahun ni azam K.Ya nak pose penuh. X macam tahun lepas K.Ya pose sekerat2 jer. Mase tu k.ya Kecik lagi. Baru darjah satu hehehe..... Setiap pagi mama akan kejutkan k.Ya bangun sahur. Kami sahur tiga orang: mama,papa n K.Ya. Biasanya buka lauk sedap2 n K.Ya akan pilih maca2 benda nak makan. Tapi ble tiba waktu buka sume tu pun tak habis. Mama kata jangan membazir sebab orang pose ni sume benda nampak sedap. Harap tahun ni k> ya boleh pose penuh. Amin......

Mengisi masa lapang dengan membaca buku cerita. Mengelakkan rasa lapar.....

Friday, August 21, 2009

Pertandingan bercerita


Semalam, hari terakhir sekolah. Jadi, sekolah K.Ya telah mengadakan pertandingan bercerita dan menyanyi. K.Ya adalah salah seorang peserta yang terlibat dalam pertandingan tersebut iaitu K.Ya kene bercerita. Cerita yang K.Ya sampaikan ialah "sang Kancil dan Sang Harimau". K.Ya ialah peserta yang Ke lapan. Apabila tiba giliran K.Ya, K.Ya rasa berdebar-debar sangat tetapi K.ya berjaya juga menyampaikan cerita K.Ya dengan baik dan lancar. Semua kawan2 memberikan tepukan yang gemuruh setelah K.Ya habis bercerita. Apabila keputusan di umumkan, K.Ya telah mendapat tempat kedua. K.Ya rasa terkejut tetapi sangat gembira. Terima kasih pada Cikgu Zarina yang telah memilih K.Ya sebagai peserta pertandingan itu. K.Ya juga nak ucapkan terima kasih pada mama yang selama ini telah banyak membantu K.Ya untuk menghafal cerita itu.



Saturday, August 15, 2009

Contest Jom Pakai Shawl

Kali ni Alya cuba nak masuk contest pulak...
Alya masuk contest ni sbb Mama ngan Cik Da Alya yg bagi dorongan masuk contest ni...
.
Contest Pakai Shawl ni dianjurkan oleh Auntie Izz-Ann
Auntie Izz-Ann ni cute macam mama Alya..
.
Ok,untuk auntie Izz-Ann.. ni gambar Alya memakai shawl..
Mmg ini aje koleksi gambar Alya yg pakai shawl
.



Gambar yang ni Mama tolong ambilkan masa Alya menghadiri pertunangan Cik Da Alya.

Memandangkan semua memakaitudung, Alya ambil kesempatan memakai shawl untuk menutup kepala Alya...
Gambar yangi pulak Alya ambil masa hari raya yang lepas. Adik Alya di sebelatu pun sibuk juga nak bergambar dengan Alya.
.
Ok Auntie Izz-Ann, terima kasih kerana menganjurkan pertandingan ni. kalau dapat menang shawl tu, bolehla Alya tambah koleksi gambar shawl Alya.

Wednesday, August 12, 2009

Demam.....


Semalam balik dari sekolah K.Ya terus tido. Rasa letih sangat. Selalunya K.Ya main2 dulu dengan adik2. Petang, selepas bangun tido, K.Ya rasa semacam n tanye mama " badan K.Ya panas ke???" Mama pun jamah dahi K.Ya n kata " Panas...K.Ya demam ni...." Mama terus bagi K.Ya telan PCM n Piriton sebab K.Ya kata K.Ya ada selsema sekali.
Malam, sempat lagi K.Ya menyiapkan kerja2 sekolah yang cikgu bagi. K.Ya sempat menjamah soto yang mama buat untuk makan malam kami.
Pagi ini, mama kejutkan K.Ya suruh makan ubat. Mama kata hari ni x payah sekolah sebab K.Ya demam kuat. Mama cek temperature 40 degree celcius. K. Ya nak pergi sekolah tapi mama x bagi sebab semalam K.Ya ada bagitau mama kat sekolah 9 orang kene balik sebab demam. Pagi tu jugak mama bawa K.Ya jumpa Doktor peribadi dan Doktor bagi K.Ya ubat demam, antibiotik dan selsema. Doktor bagi K.Ya cuti kuarantin tujuh hari mulai hari ni.
Doakan K.Ya cepat sembuh dan jauhkan dari penyakit2 yang berbahaya...AMIN......
 

Princess Alya © 2008. Design By: SkinCorner