Friday, August 21, 2009

Pertandingan bercerita


Semalam, hari terakhir sekolah. Jadi, sekolah K.Ya telah mengadakan pertandingan bercerita dan menyanyi. K.Ya adalah salah seorang peserta yang terlibat dalam pertandingan tersebut iaitu K.Ya kene bercerita. Cerita yang K.Ya sampaikan ialah "sang Kancil dan Sang Harimau". K.Ya ialah peserta yang Ke lapan. Apabila tiba giliran K.Ya, K.Ya rasa berdebar-debar sangat tetapi K.ya berjaya juga menyampaikan cerita K.Ya dengan baik dan lancar. Semua kawan2 memberikan tepukan yang gemuruh setelah K.Ya habis bercerita. Apabila keputusan di umumkan, K.Ya telah mendapat tempat kedua. K.Ya rasa terkejut tetapi sangat gembira. Terima kasih pada Cikgu Zarina yang telah memilih K.Ya sebagai peserta pertandingan itu. K.Ya juga nak ucapkan terima kasih pada mama yang selama ini telah banyak membantu K.Ya untuk menghafal cerita itu.



0 comments:

Post a Comment

 

Princess Alya © 2008. Design By: SkinCorner