Thursday, September 17, 2009

Hadiah dari mama......


Rantai Leher

Gelang tangan

Anting anting

Mama kata hadiah ni untu K.Ya pada Hari Raya tahun ni. K.Ya rasa Suka sangat. Cantik betul barang2 kemas ni. TQ mama........

Saturday, September 12, 2009

Selamat Hari Raya.......




Assalamualaikum...... Di sini K.Ya nak ucapkan selamat hari raya buat Tok Wan, Tok Abah, Keluarga Cik Da, Keluarga Cik Zab< Cik Apit N Cik Ayid. Selain tu juga untuk Tok Mama, Tok Ayah, Keluarga Umi, Keluarga Ibu, Keluarga Ayah Die, Keluarga Ayah Kie, Keluarga Su Tie, Ayah Yu N Ayah Su.Semoga kita semua berbahagia di Hari Raya.....

Friday, August 28, 2009

Surprise Ibu....

Semalam, ibu wat surprise utk K.Ya. Tetiba, masa tgh main2 ngan K.Naurah, K.Ya dapat gelang krystal. Ala.....memang cantik. K.Ya suka sgt. Ble pakai, memang sepadan sgt dgn tgn k.Ya. Terima kasih ibu, bagi K.Ya gelang yang cantik ni. Nati raya K.ya boleh pakai dan bertambah comel la K.Ya raya tahun ni hehehe...... Lain tahun boleh dapat lagi benda yang lagi...lagi...lagi...best ye ibu.....

cantik kan gelang kat tangan K.Ya. Wonderful....beautiful....

Pose.....

Alhamdulillah..... masuk hari ni dah 7 hari K.Ya pose. Dan K.ya harap hari ni K. Ya berjaya juga pose smpai waktu berbuka. Tahun ni azam K.Ya nak pose penuh. X macam tahun lepas K.Ya pose sekerat2 jer. Mase tu k.ya Kecik lagi. Baru darjah satu hehehe..... Setiap pagi mama akan kejutkan k.Ya bangun sahur. Kami sahur tiga orang: mama,papa n K.Ya. Biasanya buka lauk sedap2 n K.Ya akan pilih maca2 benda nak makan. Tapi ble tiba waktu buka sume tu pun tak habis. Mama kata jangan membazir sebab orang pose ni sume benda nampak sedap. Harap tahun ni k> ya boleh pose penuh. Amin......

Mengisi masa lapang dengan membaca buku cerita. Mengelakkan rasa lapar.....

Friday, August 21, 2009

Pertandingan bercerita


Semalam, hari terakhir sekolah. Jadi, sekolah K.Ya telah mengadakan pertandingan bercerita dan menyanyi. K.Ya adalah salah seorang peserta yang terlibat dalam pertandingan tersebut iaitu K.Ya kene bercerita. Cerita yang K.Ya sampaikan ialah "sang Kancil dan Sang Harimau". K.Ya ialah peserta yang Ke lapan. Apabila tiba giliran K.Ya, K.Ya rasa berdebar-debar sangat tetapi K.ya berjaya juga menyampaikan cerita K.Ya dengan baik dan lancar. Semua kawan2 memberikan tepukan yang gemuruh setelah K.Ya habis bercerita. Apabila keputusan di umumkan, K.Ya telah mendapat tempat kedua. K.Ya rasa terkejut tetapi sangat gembira. Terima kasih pada Cikgu Zarina yang telah memilih K.Ya sebagai peserta pertandingan itu. K.Ya juga nak ucapkan terima kasih pada mama yang selama ini telah banyak membantu K.Ya untuk menghafal cerita itu.



Saturday, August 15, 2009

Contest Jom Pakai Shawl

Kali ni Alya cuba nak masuk contest pulak...
Alya masuk contest ni sbb Mama ngan Cik Da Alya yg bagi dorongan masuk contest ni...
.
Contest Pakai Shawl ni dianjurkan oleh Auntie Izz-Ann
Auntie Izz-Ann ni cute macam mama Alya..
.
Ok,untuk auntie Izz-Ann.. ni gambar Alya memakai shawl..
Mmg ini aje koleksi gambar Alya yg pakai shawl
.



Gambar yang ni Mama tolong ambilkan masa Alya menghadiri pertunangan Cik Da Alya.

Memandangkan semua memakaitudung, Alya ambil kesempatan memakai shawl untuk menutup kepala Alya...
Gambar yangi pulak Alya ambil masa hari raya yang lepas. Adik Alya di sebelatu pun sibuk juga nak bergambar dengan Alya.
.
Ok Auntie Izz-Ann, terima kasih kerana menganjurkan pertandingan ni. kalau dapat menang shawl tu, bolehla Alya tambah koleksi gambar shawl Alya.

Wednesday, August 12, 2009

Demam.....


Semalam balik dari sekolah K.Ya terus tido. Rasa letih sangat. Selalunya K.Ya main2 dulu dengan adik2. Petang, selepas bangun tido, K.Ya rasa semacam n tanye mama " badan K.Ya panas ke???" Mama pun jamah dahi K.Ya n kata " Panas...K.Ya demam ni...." Mama terus bagi K.Ya telan PCM n Piriton sebab K.Ya kata K.Ya ada selsema sekali.
Malam, sempat lagi K.Ya menyiapkan kerja2 sekolah yang cikgu bagi. K.Ya sempat menjamah soto yang mama buat untuk makan malam kami.
Pagi ini, mama kejutkan K.Ya suruh makan ubat. Mama kata hari ni x payah sekolah sebab K.Ya demam kuat. Mama cek temperature 40 degree celcius. K. Ya nak pergi sekolah tapi mama x bagi sebab semalam K.Ya ada bagitau mama kat sekolah 9 orang kene balik sebab demam. Pagi tu jugak mama bawa K.Ya jumpa Doktor peribadi dan Doktor bagi K.Ya ubat demam, antibiotik dan selsema. Doktor bagi K.Ya cuti kuarantin tujuh hari mulai hari ni.
Doakan K.Ya cepat sembuh dan jauhkan dari penyakit2 yang berbahaya...AMIN......

Saturday, August 1, 2009

Sang Kancil dan Sang Harimau.....

Esok hari,kak. Ya ada tugasan dari cikgu Bahasa Melayu( Cikgu Zarina). K.Ya terpilih untuk pertandingan bercerita di sekolah. Sebenarnya K.Ya yang volunteer nak masuk bercerita ni.Harap2 K.Ya boleh elakukan dengan baik.



Friday, July 3, 2009

Hadiah Periksa....

Keputusan peperiksaan pertengahan tahun dah keluar. Hari tu papa ada janji kalau K.Ya dapat top ten papa nak bagi hadiah. No 1-3 BESAR. No 4-10 KECIK. Alhamdulillah K.Ya tersenarai dalam top ten tu. hari Rabu baru2 ni, papa ajak kami sekeluarga keluar untuk cari hadiah. Pada mulanya papa nak surprise tapi....K.Ya cakap K.Ya nak pilih sendiri hadiah dia.


Report card K.Ya

Ni hadiah yang K.Ya dah pilih. K.Ya suka...

Tapi mama rasa, nombor berapa pun K.Ya dapat hadiahnya macam sama nilai jer. Hehehe....Kecik2 pun harga mahal.....

Maka bertambahla koleksi Barbie K.Ya... Ntah berapa banyak lagi dia nak tambah....

Monday, June 29, 2009

Gigi oh....Gigi

Gigi K.Ya dah seminggu longgar. Papa kata xleh cabut lagi. Tiap2 hari K.Ya bagi dia goyang2 supaya cepat tercabut. Malm ni.....masa K.Ya tengah buat homework, K.Ya rasa gig K.Ya longgar sangat2. Malangnya tukang cabut gigi K.Ya( papa) on call pulak malam ni. K.Ya suruh mama cabutkan. Tapi mama memang takut sangat. Nak tak nak, mama pun terpaksa jugak la cabutkan. Bila mama pegang jer gigi K.Ya.....tup....tup terus recabut. Mama kata nasib baik sebab mama memang takut nak cabutkan gigi K.Ya.


Gigi K.Ya yang dah tercabut

Dah xde lagi.....

Saturday, June 20, 2009

Ucapan istimewa untuk papa....

Sempena hari bapa ini , K.Ya telah ciptakan sekeping kad yang istimewa untuk papa yang K.Ya Sayang....K.Ya harap papa gembira dan K.Ya doakan semoga papa panjang umur, sentiasa sihat. Semoga keluarga kita bahagia selalu...




glitter-graphics.com

A Lion and A Mouse.....

Esok sebenarnya, K.Ya telah dipilih oleh Cikgu Tey (Cikgu B.Inggeris) untuk present one story masa assembly. K. Ya excited nak present esok. Jadi, sebelum presentation tu, K.Ya telah bertungkus lumus practise dengan mama. Ini adalah rakaman presentation dari K.Ya. Mai tengok.....


Harap-harap, esok K.Ya boleh present dengan baik. Insyaallah....




glitter-graphics.com

Adik Iman....

Ni adik Iman. Dia kawan K.Ya. Selalunya K. Ya balik sekolah K. Ya main2 dengan Iman. Dia comel..... sayang Iman





glitter-graphics.com

Friday, June 19, 2009

My School...

Ni sekolah K. Ya. Terletak di Bandar Pasir Mas. K. Ya suka sekolah di sini kerana kawan-kawan ramai dan cikgu-cikgu tegas tetapi baik.

Ini kawan-kawan K. Ya di kelas 2 Tabah. Guru kelas kami ialah Cikgu Siti Nur Ain Tan. Cikgu Nur Ain mengajar kami matapelajaran Bahasa Cina.

Ini K. Ya semasa menghadiri Kelas Fardu Ain di sekolah ini. Kelas Fardu Ain diadakan setiap hari Rabu dan Jumaat. K.Ya sedang menuggu kawan baik K. Ya, Aisyah dan Huzaimah. "Mana diorang ni...dah dekat pukul 8 tak sampai lagi."

Tengok tu...kerja sekolah K.Ya memang banyak. Tapi Kak Ya berjaya siapkan semuanya. Mama kata,kerja sekolah kena siapkan nati kena denda dengan cikgu kalau tak siap. Biasanya mama yang temankan Kak Ya siapkan kerja sekolah.


glitter-graphics.com

Thursday, June 11, 2009

Welcome to my blog...


Selamat datang ke blog saya. Ini gambar keluarga saya.


glitter-graphics.com
 

Princess Alya © 2008. Design By: SkinCorner